Dalam keadaan begitu, Carole tidak berasa apa-apa, malah gembira kerana sekali lagi dia berjaya membantu pasangan suami isteri yang tidak memiliki zuriat. Wanita Britain berusia 45 tahun itu menjadi ibu tumpang paling prolifik di dunia dan kini hamil untuk kali ke-13.
Kata Carole, pasangan yang tidak mempunyai anak dibantunya sangat menghargai pertolongan sedemikian.
â??Anda boleh lihat kegembiraan di wajah pasangan terbabit sebaik saja menyentuh bayi mereka untuk kali pertama.
â??Melihat kepada perasaan teruja dan penuh emosi itu mendorong saya menjadi ibu tumpang,â?? katanya. Lahir di Stevenage, Carole mempunyai dua anak perempuan â?? kini berusia 22 dan 19 tahun â?? hasil hubungannya dengan dua lelaki berbeza. Kata Carole, dia
mengetahui mengenai ibu tumpang itu selepas membaca satu rencana di akhbar pada 1995 ketika bekerja di kedai dobi.
â??Walaupun berusia 20-an, saya menjadi ibu tunggal dan membesarkan dua anak perempuan.
â??Saya faham bagaimana perasaan seorang ibu terhadap anaknya dan betapa sedih seorang wanita yang tiada zuriat.
â??Saya tak mampu mengubah hidup sesiapa dengan bekerja di kedai dobi, tetapi jika menjadi ibu tumpang, ramai yang beroleh manfaat,â?? katanya.
Justeru, Carole menghubungi pertubuhan yang menguruskan perkhidmatan ibu tumpang seperti dipapar di akhbar. Setakat ini Carole melahirkan lapan bayi perempuan dan empat lelaki untuk pasangan bermasalah, termasuk sepasang kembar dua dan tiga. Biasanya Carole menerima bayaran antara �10,000 (RM49,787) dan �15,000 (RM74,681) daripada pasangan yang dibantunya.
Sumber: http://www.sinikini.com/13-kali-hami...#ixzz26ErLrscX
..
Postingan menarik lainnya:
30 Oct, 2012
-
Source: http://kaskusbetarefresh.blogspot.com/2012/10/13-kali-hamil-anak-orang-lainwowno-bb.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com